Di antara peringkat perkembangan yang teramat penting dalam kehidupan manusia ialah sewaktu dalam kandungan ibu (prenatal). Jangka waktu prenatal ialah tempoh sebaik sahaja selepas persenyawaan sehingga bayi dilahirkan iaitu berlangsung selama kira-kira 266 hari selepas persenyawaan atau 280 hari dari pertama haid yang terakhir sebelum seseorang hamil. Pada tahap ini, proses pembahagian sel, pembentukan organ-organ dalaman dan fizikal berlaku secara amat aktif. Perkembangan bayi sewaku prenatal terdiri daripada tiga fasa iaitu fasa germa yang berlangsung lebih kurang tiga minggu,fasa embrionik yang berkangsung dalam tempoh dua minggu hingga dua minggu hingga dua bulan selepas persenyawaan, akhir sekali ialah fasa fetal. Sewaktu fasa kedua, bayi dipanggil embrio manakala pada fasa ketiga bayi dipanggil fetus.
PERSENYAWAAN
Persenyawaan adalah sesuatu proses dimana sperma dan ovum bersatu untuk membentuk satu sel yang dipanggil zigot. Zigot iaitu suatu sel yang cukup lengkap serba-serbinya. Zigot manusia mempunyai 23 pasangan kromosom yang didalamnya terkunci seluruh maklumat yang akan mengendalikan perkembangan dan sifat-sifat seseorang manusia sehingga berakhir riwayatnya. Di samping itu, di peringkat zigot inilah juga terkandungnya sepasang kromosom yang menentukan kejantinaan seseorang.
Proses persenyawaan ini biasanya berlaku disekitar kawasan saluran falopio. Persenyawaan berlaku apabila seorang wanita dilahirkan lebih kurang 40,000 ovum. Sewaktu dilahirkan ovum yang tidak matang ini terdapat pada kedua-dua ovari. Ovum ini terkandung dalam satu bungkusan. Bagi wanita yang telah matang, penghasilan folikel-folikel yang telah matang daripada ovum berlaku sekali dalam masa 28 hari. Walaubagaimanapun, jangka masa ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Ovum ini dibawa dari uterus oleh rambut-rambut halus disekitar saluran atau tiup falopio yang dipanggil cilia kedalam rahim. Persenyawaan biasanya berlaku sewaktu ovum ini melalui saluran falopio.
Sperma antara sel terkecil yang terdapat didalam badan manusia, dihasilkan oleh testis seorang lelaki matang. Terdapat berjuta-juta sperma dihasilkan dalam satu proses ejakulasi. Sperma-sperma ini akan masuk ke saluran falopio melalui servik dan akan berenang mendapatkan ovum. Persenyawaan berlaku apabila sperma berjaya menembusi ovum dan proses ini berlaku pada hari ovulasi atau lima hari sebeum ovulasi.
RAJAH 1
PROSES PERSENYAWAAN
TRIMESTER PERTAMA
FASA GERMA (LEBIH KURANG 2 MINGGU)
Peringkat pertama dipanggil Fasa Germa yang berlangsung selama lebih kurang dua minggu iaitu beberapa jam selepas persenyawaan antara sperma (benih atau nutfah lelaki) dengan ovum (telur atau nutfah perempuan), pertumbuhan manusia pun bermula. Hasil percantuman sperma dengan ovum menghasilkan zigot. Zigot yang terhasil mewarisi kebanyakan ciri-ciri kedua-kedua ibu bapa dan nenek moyangnya. (Rajah 2)
SPERMA
OVUM
ZIGOT (SPERMA + OVUM)
Zigot yang terbentuk mula membahagikan kepada dua sel, kemudian setiap sel tersebut membahagikan kepada dua sel untuk menghasilkan empat sel seterusnya 4 sel tadi membahagi lagi untuk menghasilkan 8 sel dan seterusnya sehingga terbentuk 16 sel, 32 sel dan seterusnya sehinggalah terbentuknya selonggok sel-sel yang tersusun tidak ubah sepeti sebiji bola. Struktur 16 ini disebut sebagai morula. (Rajah 2.1). Kulitnya terdiri dari dua bahagian sel, iaitu lapisan kulit luar dan kelompokan sel-sel di satu bahagian. Lapisan kulit luar adalah bakal yang akan membentuk uri, iaitu lapisan tisu-tisu yang menyediakan permukaan yang akan menghubungkan lembaga dengan rahim ibunya.
Kelompokan sel-sel pula adalah bakal lembaga itu sendiri. Ruang yang dibendungi oleh sel-sel tersebut dipernuhi dengan cecair yang juga dikeluarkan oleh sel-sel tersebut. Cecair ini dipercayai mempengaruhi atau mencetuskan perkembangan lembaga selanjutnya. Pembahagian zigot ini berlaku sewaktu dalam perjalanan ke rahim iaitu sekitar tiga hingga empat hari. (Rajah 2.0).
Sementara lembaga sedang mengalami proses pembelahan sel-selnya, ia juga perlahan-lahan bergerak menuruni salur ovum menuju ke dalam rahim dengan pertolongan silia-silia dan cerutan salur ovum. Peringkat ini berakhir kira-kira dalam 3-4 hari setelah persenyawaan berlaku. Dalam tempoh 3-4 hari berikut pula, lembaga itu seolah-olah sedang bersiap sedia untuk membenamkan dirinya ke dalam dinding rahim. Kini, sel-sel dari kelompokan dalam sekali lagi bertukar corak untuk membentuk sel-sel yang bakal melahirkan lembaga manusia yang sebenarnya. Sehingga ke sat ini saiz keseluruhan lembaga itu masih lagi sama besar dengan telur asalnya dan ia masih lagi dibendungi oleh selaput telur.
Rajah 2.1
Pembahagian sel menukarkan zigot kepada morula yang berbentuk bola tiga hari selepas persenyawaan. Persenyawaan dan pembentukan morula ini berlaku di dalam salur rahim. Kemudian satu ruang terbentuk di dalam morula dan menukarkan morula kepada blastosista. (Rajah 2.2). Blastosista digerakkan secara lembut ke arah rahim dan kemudian terbenam ke dalam dinding rahim. Semasa proses pembenaman, blastosista di penuhi cecair yang memisahkan kepada dua lapisan sel iaitu lapisan luar yang bertanggungjawab bagi proses pembenaman dan lapisan dalam yang membentuk embrio. Perjalanan blastosista sehingga sampai ke dinding rahin mengambil masa lima hingga enam hari. Menjelang hari ke dua belah, blastosista telah terbenam sepenuhnya di dalam dinding rahim.(Rajah 2.0).
RAJAH 2.2
Biasanya perkembangan zigot kepada blastosista berlaku tanpa disedari. Pada ketika ini, seorang wanita tidak mengalami apa-apa tanda bahawa dia telah hamil.
PERKEMBANGAN KEJADIAN MANUSIA PADA PERINGKAT PERTAMA MENURUT AL-QURAN
Ada disebut di dalam Al-Quran, bahawa manusia terbentuk hasil dari percantuman antara air benih lelaki dan wanita. Beberapa ayat memperkatakan tentang penciptaan manusia dari setitik air mani, dan ada juga ayat yang menyatakan bahawa ‘makhluk‘ yang tehasil dari percantuman itu akan hidup seperti ‘benih’ di dalam tubuh wanita enam hari selepas kemudian. Blastosista manusia mula hidup selepas 6 hari percantuman antara benih lelaki dan telur wanita.
Menurut sebagaimana yang diceritakan oleh Nabi Muhammad S.A.W., dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani dan Ibnu Mandah iaitu menurut syarat Turmizi dan Nasai, sabda beliau :
Sesungguhnya bilamana Allah S.W.T berkehendak menjadikan seseorang hambanya, ditakdirkannya suami melakukan jima, terhadap isterinya, maka mengalirlah air maninya meresap kesegenap urat-urat dan anggota-anggota isterinya. Bila telah sampai pada hari ketujuh, terus dihimpukan Allah S.W.T bercampur bersama-sama dengan air mani wanita itu sendiri. Kemudian mulailah dihadirkannya segala urat-urat yang diperlukan baginya, selain kejadian Adam sendiri, di dalam bentuk dan rupa apa yang dikehendakinya, terus disusunNya.
No comments:
Post a Comment